Wednesday, 13 November 2013

Aku bengang. Aku taip

Aku baca itu, kepala aku naik tepu

Aku baca ini, hati aku membuak marah, bengang nak tebabow dan lain-lain


Membaca


aku dah tak tahu mana dia pembawa tenang paling-paling buat kepala aku


pusing

pening

terfikir



Aku ingat kau orang nak boikot apa-apa yang ada link dengan Israel Zionis tu tapi kau petik artikel daripada website yang terang-terang anti-Islam, siap iklan pro-Israel Zionis kau tu untuk pertikai credential orang tu

Lepas tu, sumber artikel tu? Petik ayat anon


Hahaha


Hantar la paper gitu tak masuk pintu lagi memang kena tendang



Aku tak tahu kereta mana tak pun unta mana kau orang tunggang tapi gear kau nampaknya in permanent "reverse".

Apa gila tak boleh bagi perempuan kerja dekat kedai lingerie? Habis tu, bila customer perempuan try, fitting, ukur apa bagai, nak bagi lelaki buat?

Terang-terang HARROOMMMM

bengap

Nak tutup perempuan bagai tak nak bagi lelaki teransang tapi kedai gini takmo bagi perempuan kerja, kesian lelaki kerja situ dok terpacak khemah ja memanjang kot

Doa pula boleh buat main-main entah bila Tuhan lantik awak jadi wakil Dia dekat Bumi ini.


Dengan ini marilah kaum Hawa pelajari ilmu pengklonan dan manipulasi genetik supaya kita tidak lagi perlu bergantung pada lelaki untuk zuriat.



Sebut pasal ilmu pengklonan dan manipulasi genetik, aku kata Bahasa Melayu tidak sesuai digunapakai untuk tujuan pembelajaran ilmu sains, lebih-lebih lagi biologi molekular

Tak, aku tak Imperialis atau Anglofied.

Ini bukan isu indah tak indah bahasa, atau perlunya martabat bahasa dinaikkan.

Isunya, proses pengalihan bahasa sangat teruk!
Aku jelik, mual bila baca ayat sebegini rupa:




Aku benci baca perenggan ni!
Rasa macam baca Google Translate, bukan Wikipedia dalam Bahasa Melayu!

Sakit! Lari konteks siap!


"kesetiaan pada tahap yang amat tinggi" translated from "high fidelity"

"High fidelity" di sini merujuk kepada kebolehan enzim yang digunakan untuk menghasilkan bebenang DNA baru (new DNA strands) daripada bebenang DNA asal (template DNA) untuk melakukannya dengan kadar kesilapan yang minima.

Kamus Babylon telah memberi beberapa maksud untuk "fidelity" - strict faithfulness, loyalty; exactness, precision, accuracy; adherence to detail. Dalam konteks ini maksud sebenarnya lagi pada "exactness, precision, accuracy", "adherence to detail" juga masuk akal tetapi yang digunakan pula yang "strict faithfulness, loyalty"
  
 
Kalau sumber yang diguna pakai untuk mengajar sains kepada rakyat kualiti sebegini rupa, jangan angan-angan dalam masa terdekat rakyat kita dapat menguasai sains. Buat kerja terjemahan buatlah sebaiknya. Kalau nak pertikaikan yang tukang terjemah bukan daripada bidang sains tetapi bidang bahasa kenapa tak ada kerjasama dua-dua duduk, semak sama-sama, betul dan masuk akal tak ayat-ayat tu, sampai atau tidak ilmunya

DBP, sila hubungin saya kita bentuk satu cabang penterjemahan sumber-sumber rujukan sains dengan kerjasama atau upah terus mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidang-bidang sains yang ada



Dah, aku perasan aku paling jitu buat benda 3 sekali jalan maka, I'll leave it there.

No comments: