Wednesday, 10 April 2013

Pulang senyum, tiada lagi persoalan :)

Penipu besarkan kata tak nak keluar dah dengan dia last2 siapa ajak siapa keluar haritu?



Aku ingat first time keluar dia tanya,

Aku buka tudung tak kalau dengan suami atau boifren

Aku bilang, suami yes, boifren no

Dan aku dengar dia mutter under his breath "oh, no sex eh..."

Aku senyum je


Dia tanya ada pernah cium aku

Aku jawab tak pernah

Pegang pun tak boleh

Dia senyap



Aku assume dia akan give up

Cantik aku balik cuti beli seafood dari dia, dia ajak keluar lagi

Aku tak iyakan, aku tak tidakkan


Aku takut kalau aku kata iya nanti melekat
pulak aku tengah deal dengan personal stuff masa tu
I don't need to make it complicated

Pulak aku banyak kerja lagi2 bila aku terbilang lagi sebulan lebih aku kena present macam hape Guan drill aku tang tu
sambil2 kena buat another extraction test


*stress*



Ntah apa mimpi lepas habis presentation dengan weekend panjang menjelang terdetik untuk ambil offer dia

Aku gila, memang

Tapi aku macam kucing, curious

Sayang nyawa aku ada satu je :(



Lepas dolak-dalik, keluar la kami

Bila pulang, dua2 single

dan tiada kapal terbikin pada hari itu :p



Sebabnya mudah, ini kami bilang awal2:

"I thought I put you off when I mention about my previous relationships, y'know, with the sex and all"

"I thought when I mention the no sex at all puts you off"


Lepas tu hangat juga la kami berdebat hal ni

Pada dia, nothing physical susah nak terima

Pada aku, bagi betis, nak peha


At the end kami setuju, teman aja



POINT AKU SEBENARNYA:

Pada aku, bila hidup sebagai seorang Muslim di tempat majoriti Muslim
kita jadi complacent

Kalau ditanya kenapa begini dan begitu,
jawabnya pasal memang begini dan begitu, ikut aja la! Jangan soal lebih2

Dicampak ke tempat kau cuma minoriti dengan pelbagai persepsi negatif,
macam mana kau handle pandangan dan persoalan diorang?

Ini ajar aku yang selama ini acuh tak acuh, tahu tak tahu
untuk tahu dan ambil kisah



Kalau ikutkan banyak juga dia soal aku berkaitan pandangan Islam dalam hal2 tertentu

Dia bukan pertama

Dan dia bukan orang terakhir yang akan soal aku macam2 berkaitan dengan Islam

Tapi aku selalu stresskan bila masa pandangan yang aku beri itu pendapat aku
mungkin, mungkin tidak diterima masyarakat umum
kalau aku tahu ada pandangan lain, aku bilang sama mereka
pasal aku akui aku pun bukan pandai pun bab gini


Pakai tudung dekat Malaysia aku tengok macam nak cukup syarat jadi bini je sekarang
beyond that, tak ada signifikasi lain
memang macam tak ada anything significant pun about it


Kalau dekat sini, orang tahu kau obviously Muslim

Dan macam2 diorang rasa nak tanya kau

Dan ia jadi satu tanggingjawab

Pulak sini banyak fahaman, bukan ada satu aliran majoriti

Perlu faham dan acknowledge that fact


Kadang2 aku rasa orang sini lagi banyak baca pasal agama kita dari orang kita

Dan mereka tak ada restriction

Itu dari aliran lain, sesat, jangan baca
Kat mana sesatnya, takkan dibilang, entah2 tahu pun tidak pasal dia pun tak pernah jenguk sumber tu


Rugi


Kalau takut dengan merujuk bahan2 itu kita akan tersesat, jangan salahkan bahan itu

Salahkan diri sendiri, kepercayaan dalam diri tak teguh

Tuhan bagi kau akal untuk berfikir kau jangan kata tak reti pakai
pakai pun tidak

Ikut orang memang senang, nanti salah boleh salahkan orang tu bagi ajaran sesat

Kalau bagi pendapat dari pandangan sendiri, tanggungjawab di bahu sendiri

Berat, tak mahu tanggung


Itu lagi satu orang kita, suka bilang itu ini hak kita, pemberian Tuhan katanya

Tak pernah nak bilang tanggungjawab yang datang sekali

Mana tak ke laut kita2 ni?

 Kadang2 yang tak beragama lagi senonoh dari kita yang patutnya dikalangan umat terbaik



Panjang sangat, TL;DR  semua orang

Aku tak kisah

No comments: